Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Keadaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin stabil selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak Abdul Hadi, Dr Muhammad Khalil berkata, ayahnya kini dalam pemerhatian pihak IJN namun masih belum dibenarkan pulang.

“Alhamdulillah, keadaan Tok Guru semakin pulih dan stabil selepas prosedur yang dijalankan beberapa hari lalu.

“Buat masa sekarang IJN masih memantau keadaan beliau,” katanya kepada media selepas ditemui pada majlis sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang dianjurkan oleh SG di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi bercakap ketika ditemui wartawan selepas hadir ke Majlis Makan Malam Sambutan Hari Wartawan Nasional 2025 SG4 di Hotel Wyndham Grand, Bangsar, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 21 JUN 2025

Dr Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu turut berkata, keadaan Abdul Hadi kurang sihat sejak setahun yang lalu.

“Sebenarnya masalah jantung beliau ni dah beberapa tahun, cuma bila dah lama sangat, sudah pasti kena ada rawatan susulan.

“Atas nasihat doktor dan pakar yang merawat, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melakukan prosedur tersebut,” tambahnya.

“Buat masa ini, belum dimaklumkan tempoh waktu pemantauan, tetapi IJN mahu memastikan keadaan benar-benar sihat sebelum dibenarkan pulang.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan Kesihatan beliau selama ini,” ujarnya.

Baru-baru ini Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu sakit nafas sebelum dipindahkan ke IJN. -MslaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast