Keadaan rumah kanak-kanak 9 tahun maut dipercayai didera bapa tiri. Foto Reza A. Hamid

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun meninggal dunia dipercayai didera bapa tirinya di rumah mereka di Kota Laksamana, di sini pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian terbongkar pada pukul 9.45 pagi tadi selepas pihak polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta memaklumkan terdapat kesan disyaki didera selepas mangsa dihantar bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor yang memeriksa mendapati mangsa mengalami patah kaki serta kesan lembam di kepala dan badan.

“Pesakit kemudian meninggal dunia di wad kecemasan hospital kira-kira pukul 9.45 pagi tadi,” katanya.

 

Berita lanjut menyusul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast