Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berucap pada Majlis Peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat IPTA di UiTM, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 JUNE 2025

SHAH ALAM – Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dijangka meningkatkan jumlah senarai bankrap sehingga sekali ganda menerusi Dasar Peluang Kedua yang kini sudah mencecah 186,000 orang setakat Jun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau berharap seramai 200,000 orang akan dilepaskan daripada bankrap menjelang hujung tahun ini.

“Kita di bawah Kerajaan Perpaduan Madani diarahkan untuk membuat pelepasan (bankrap) dengan begitu cepat.

“Kita sasar tahun ini kita boleh cuba lepas dua kali ganda dari tahun lepas di mana tahun lepas 186,000 orang. Kita harap tahun ini kita boleh tingkatkan dua kali ganda jumlah itu.

“Kita harap kita boleh capai sasaran 200,000 orang pada tahun ini dalam kadar segera kerana ia arahan Perdana Menteri menerusi Dasar Peluang Kedua, kita juga akan tingkatkan jumlah itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said merasmikan pada Majlis Peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS di UiTM, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 JUNE 2025

Terdahulu Azalina merasmikan Majlis Peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan di laman sesawang MDI, seramai 25,578 kes kebankrapan yang didaftarkan dari seluruh negara 2021 hingga Mei 2025.

Dari jumlah itu, Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes kebangkarapan paling tinggi iaitu 6,213 kes, disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3,412) dan Johor Bharu (2,225).

Manakala jumlah keseluruhan kes kebankrapan mengikut negeri hingga 2025 pula, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi berjumlah 22,111 kes, disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (16,999) dan Johor Bharu (15,097).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said melawat reruai pada Majlis Peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS di UiTM, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 JUNE 2025

Menurut Azalina lagi, dari 25,578 kes kebankrapan yang didaftarkan dari seluruh negara antara 2021 hingga Mei 2025, golongan lelaki mencatatkan kes paling tinggi berbanding perempuan, masing-masing 18,590 dan 6,903 individu.

“Kalau ikut statistik, kebanyakan kes kebankrapan ini ramai dalam kalangan lelaki daripada perempuan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast