Wira baju kuning MBPP melakukan kerja-kerja pembersihan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

GEORGE TOWN – Sebanyak 4.04 tan sisa telah berjaya dikutip oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam operasi pembersihan berkala di sebahagian pembahagi jalan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

MBPP dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, operasi yang berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad itu dikendalikan oleh pasukan ‘Wira Baju Kuning’ dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBPP.

“Sepanjang tempoh lima jam setiap hari, pasukan tersebut telah mengumpul 2.13 tan sisa pada Sabtu, diikuti 1.91 tan pada Ahad.

“Antara jenis sisa yang dikutip termasuklah penutup rim kereta, alat ganti kenderaan, besi dan kayu tajam, sampah yang dibuang dari kenderaan, sisa kemalangan, daun kering serta rumput rumpai,” katanya hari ini.

MBPP dalam kenyataan itu turut menegaskan kepentingan menjaga kebersihan jalan raya dan menyeru pengguna jalan agar tidak membuang sampah dari kenderaan semasa memandu kerana perbuatan tersebut boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan lain serta menyebabkan kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast