Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, kestabilan politik Sabah merupakan kunci untuk memperkukuhkan keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

“Barisan Nasional hari ini telah mengadakan Mesyuarat Tahunan (AGM) 2025 dengan penuh iltizam memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan memperteguhkan tekad untuk kekal bersatu di bawah payung Barisan Nasional,” katanya menerusi kenyataan.

Pada Mesyuarat tersebut, Zambry dilantik semula sebagai Setiausaha Agung parti manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik semula sebagai Bendahari Agung BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast