KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan tujuh sen, masing-masing kepada RM3.21dan RM2.88 seliter bagi bagi tempoh 26 Jun 2025 hingga 2 Julai 2025.
Peningkatan itu dipacu lonjakan harga pasaran minyak dunia.
Harga runcit RON95 masih kekal RM2.05 seliter.
Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette
















