Gambar hiasan

PENAGA – Seorang lelaki maut selepas jentera penggelek yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam parit di Jalan Permatang Rambai berhampiran Kampung Paya di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.20 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

“Sebaik tiba, kami dapati sebuah jentera penggelek telah terbalik ke dalam parit dan dimaklumkan terdapat seorang lelaki tersepit di bawah jentera tersebut.

“Namun mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

“Pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa, dikenali sebagai Mohd Fazli, 50-an telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah John Sagun, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 7 malam tadi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast