Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya menyatakan Seorang Pengarah JKR negeri bersama beberapa pegawai akan didakwa esok atas lima pertuduhan rasuah berkaitan projek penyelenggaraan bernilai RM6.13 juta. SPRM turut membekukan 79 akaun peribadi, 16 akaun syarikat dan merampas pelbagai aset.















