Datuk Dr Muhammad Nur Manuty

KUALA LUMPUR – Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh pegawai khasnya, Firhan Rosli menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.27 pagi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Pemergian allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam dan negara, khususnya dalam bidang dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Firhan menyeru orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Muhammad, 76, dilantik ke jawatan itu pada 8 Mei 2023.

Tokoh ilmuan Islam itu merupakan sahabat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersama-sama di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast