Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

KUALA LUMPUR – Siasatan awal mendapati punca kematian seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya kelmarin adalah akibat hentakan kuat di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa berusia 20 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Terdapat kesan kecederaan pada di bahagian kepala mangsa. Namun hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk di unit kediaman mangsa,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.28 pagi hari yang sama.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Tidak ada kecederaan yang menunjukkan unsur rogol. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohd Husny Hussien di talian 012-9307860 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Polis turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

Mangsa berbangsa Punjabi berusia 20 tahun, berasal dari Kuching, Sarawak merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.

Difahamkan mangsa tinggal bersendirian di bilik asrama selepas lima rakan sebiliknya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu dan keputusan itu diambil kerana beliau dijadualkan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. -MalaysiaGazette

Penuntut universiti swasta di Cyberjaya dibunuh, polis akan keluar kenyataan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast