Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selama dua tahun berkuat kuasa Isnin ini.

Beliau yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Katanya, pihak media perlu menunggu Majlis Serah Terima Tugas yang dijadualkan berlangsung Isnin ini.

Terdahulu arahan pertukaran itu dikesan tular di laman media sosial sejak malam semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dilaporkan bakal mengambil alih jawatan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.

Menerusi arahan pertukaran itu dua lagi nama turut diumumkan iaitu Superintenden Urus Setia KPN (Dasar Strategik) Cawangan Khas Bukit Aman bertukar ke jawatan Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Arahan itu bagaimanapun tidak menyatakan pelantikan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Johor susulan pertukaran M Kumar ke Bukit Aman. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast