KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan semalam kerana mendera dan mengabaikan kanak-kanak perempuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Azaharudin Tajudin berkata, penahanan itu wanita yang juga ibu angkat mangsa dibuat pada jam 8.15 malam di aman Bendahara, Kuala Selangor.
Menurutnya mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Permohanan reman suspek berusia 54 tahun itu dibenarkan selama enam hari mulai hari ini hingga 4 Julai 2025 bagi membantu siasatan.
Menurutnya mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang. – MalaysiaGazette
















