Sidang Media sempena Ekspo Antarabangsa Mesin dan Peralatan (MIMF) Kali Ke-36 anjuran bersama DPUM, PROMAS & MACITA di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Ekspo Antarabangsa Mesin dan Peralatan (MIMF) Kali Ke-36 akan diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Julai ini.

Pameran tahunan sejak tahun 1989 itu akan menampilkan lebih daripada 700 gerai pameran dengan penyertaan 450 syarikat tempatan dan antarabangsa termasuk dari China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, India, Jerman, Itali dan pelbagai negara ASEAN.

Penganjuran MIMF 2025 selari dengan kemunculan era Industri 5.0 — satu fasa baharu revolusi industri yang menekankan gabungan kecerdasan buatan (AI), automasi dan kerjasama manusia bagi meningkatkan produktiviti dan kelestarian, katanya satu kenyataan.

“MIMF bukan lagi sekadar pameran perdagangan biasa. Ia kini menjadi platform strategik untuk memperkasa daya saing industri, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Pameran MIMF 2025 akan memberi tumpuan kepada enam sektor utama iaitu plastik & acuan, pemprosesan makanan, peralatan bakeri, pembungkusan, teknologi pintar dan paparan LED.

Tiga zon pameran utama bakal menjadi tumpuan iaitu Zon Plastik & Acuan (Mould&PLAS) menampilkan teknologi terkini dalam mesin cetakan suntikan, mesin tiupan, acuan dan automasi pintar.

CMEC International Exhibition Co., Ltd. dari China akan mengetuai delegasi terbesar mereka setakat ini bukti kerjasama erat antara industri plastik China dan ASEAN.

Kedua, Zon Pemprosesan Makanan, Pembungkusan & Peralatan Bakeri dengan kerjasama Persekutuan Pembungkusan China, zon itu akan mempamerkan mesin pemprosesan makanan, sistem pengisian dan pengedapan serta teknologi pembungkusan pintar dan barisan pembakaran automatik yang dapat membantu industri makanan tempatan meningkatkan kecekapan dan pematuhan piawaian global.

Kedua, Zon Pemprosesan Makanan, Pembungkusan & Peralatan Bakeri dengan kerjasama Persekutuan Pembungkusan China akan mempamerkan mesin pemprosesan makanan, sistem pengisian dan pengedapan serta teknologi pembungkusan pintar dan barisan pembakaran automatik yang dapat membantu industri makanan tempatan meningkatkan kecekapan dan pematuhan piawaian global.

Ketiga, Zon Teknologi Pintar & Paparan LED- menampilkan inovasi dalam automasi industri, AI, robotik, teknologi dron, sistem kesihatan pintar, visual industri dan penyelesaian pencahayaan LED.

Ketiga, Zon Teknologi Pintar & Paparan LED- Menampilkan inovasi dalam automasi industri, AI, robotik, teknologi dron, sistem kesihatan pintar, visual industri dan penyelesaian pencahayaan LED.

“Melalui platform MIMF 2025, kami ingin mempercepatkan transformasi digital dan teknologi sektor pembuatan negara serta memperkukuh kerjasama perdagangan antara Malaysia dan pasaran luar seperti China dan ASEAN.

“MIMF 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan PKS serta meletakkan Malaysia sebagai peneraju produk industri berjenama di Asia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast