KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta tidak lupa bahawa parti itu pernah ‘memadam’ tiga kes membabitkan Datuk Seri Rafizi Ramli ketika ia bersekongkol dalam Pakatan Harapan 1.0
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi berkata, hukuman juga boleh diubah daripada penjara kepada berkelakuan baik.
“Sebab itu Rafizi boleh bertanding PRU ke-15,” katanya yang mengulas komen Wan Saiful kepada kenyataan beliau.
Artikel berkaitan: Rafizi dikenakan bon berkelakuan baik, tiada lagi 18 bulan penjara
TERKINI: Rafizi Bebas Dari Dikenakan Penjara
Puad nasihat Rafizi: Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara
Dakwa Puad, semasa persekongkolan itulah, ramai pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi dikenakan puluhan tuduhan.
Bahkan, Najib ada kes SRC 1 dan 2 serta enam tahun dituduh tanpa dibicara.
“Jangan lupa, Syed Saddiq menuduh kes rasuahnya adalah kerana dia jadi mangsa pertuduhan politik oleh Muhyiddin. Ingat, semasa berkuasa, kes kamu boleh dicari, tetapi tidak dicari. Kamu cuma padam sahaja,” bidas Puad.
Baru-baru ini, Puad menasihatkan Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak `bakar’ (mengkritik) partinya dan kerajaan secara berlebih-lebihan.
Ini kerana, kata beliau, dibimbangi nasib Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berakhir di penjara.
Wan Saiful pula memberi respons kepada kenyataan Puad dengan berkata, institusi negara sudah rosak susulan kenyataan `kes boleh dicari’ yang dibuat oleh pemimpin UMNO itu.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, beliau juga beranggapan kenyataan Puad itu memperkukuhkan lagi perseps kerajaan hari ini bermaharajalela dalam memperkudakan agensi penguatkuasaan untuk tujuan politik.
“Jika kes boleh dicari, maka tidak mustahil kes juga boleh dipadam. Itulah tawaran yang diberi kepada saya semasa saya dipujuk untuk lompat parti tahun lepas,” kata Wan Saiful. – MalaysiaGazette
Jika kes boleh dicari, tidak mustahil kes juga boleh dipadam – Wan Saiful















