Pemotong rumput warga Pakistan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Jasin hari ini kerana disyaki mencabul anak tirinya, perempuan berusia 10 tahun yang terbongkar Rabu lalu.

JASIN – Seorang pemotong rumput warga Pakistan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Jasin, hari ini, kerana disyaki mencabul anak tirinya, perempuan berusia 10 tahun yang terbongkar Rabu lalu.

Perintah reman terhadap warga Pakistan berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bermula hari ini sehingga 8 Julai ini.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas mangsa anak bongsu daripada enam beradik menceritakan kejadian itu kepada guru di sekolahnya di sini, Rabu lalu.

“Guru berkenaan kemudian menghubungi pengadu, ibu mangsa berusia 54 tahun dan memberitahu anaknya menceritakan dia telah dirogol dan dicabul bapa tirinya itu pada Februari lalu.

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada waktu tengah hari ketika dia mahu menonton televisyen di ruang tamu sebelum bapanya itu memanggilnya dan menyuruhnya membuka seluar,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian membaringkan mangsa di atas katil dan merogol serta memegang kemaluan kanak-kanak itu.

“Mangsa juga memberitahu ibunya yang merupakan guru tadika bahawa sebelum ini bapa tirinya sering menyentuh kemaluannya dan bahagian lain.

“Hasil pemeriksaan di Hospital Melaka bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) AKSTK) 2017 selepas suspek ditangkap petang semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast