Foto FB KL City.

KUALA LUMPUR – Masa depan trio bintang Liga Malaysia (Liga M) – Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba dan Manuel Hidalgo terjawab apabila sah memperkuatkan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam saingan Liga Super 2025-26.

Kehadiran trio itu diumumkan di media sosial The City Boys di sini.

KL City berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Safawi, 27, yang terkenal dengan rembatan kencang kaki kiri dijangka menjadi watak penting dalam memperkukuh jentera serangan KL City.

Sepanjang berada di Pantai Timur bagi kempen yang lalu, pemain terbabit mencatatkan 13 gol dan tiga bantuan jaringan daripada 31 penampilan dalam semua kejohanan di peringkat kelab.

Foto FB KL City.

Kehadiran Hidalgo pula pastinya menjadi sandaran utama jurulatih baharu KL City, Risto Vidakovic bagi merencana pelan terbaik khususnya di bahagian serangan.

Dia beraksi cemerlang musim lalu bersama Sri Pahang apabila merekodkan tujuh jaringan dan empat bantuan gol dalam 24 penampilan dan membantu Tok Gajah muncul naib juara Piala Malaysia.

Hidalgo juga calon pemain naturalisasi Harimau Malaya yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sementara itu, kehadiran Syameer akan memperkasakan bahagian tengah kelab ibu kota itu selepas  dipinjamkan di Penang FC musim lalu. – MalaysiaGazette

Foto FB KL City.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast