Malaysia terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas dikenakan tarif timbal balik baharu sebanyak 25 peratus. Menteri MITI, Tengku Zafrul mengakui tiada jawapan jelas mengapa tarif itu meningkat, namun yakin masih ada ruang untuk mendapatkan pengurangan sebelum ia berkuat kuasa 1 Ogos. Malaysia bertegas mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan rakyat tidak terkesan dalam rundingan yang sedang berlangsung.















