Penyanyi kumpulan Wings, Datuk Awie hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding berkaitan seorang wanita yang dipercayai melakukan penipuan berhubung penganjuran konsert yang tidak wujud kononnya membabitkan beberapa artis terkenal di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rock popular, Datuk Awie meluahkan rasa kecewa dan  tekanan apabila terus dikaitkan dengan kontroverusi melibatkan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search.

Menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meminta agar Amy tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan, demi membersihkan namanya yang turut terpalit.

Menurutnya, beliau kini berdepan tekanan mental apabila terpaksa menjawab pelbagai dakwaan dan spekulasi netizen yang dianggap tidak berasas.

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul. Habis semua manusia kepoh ini tuduh aku! Ambillah tanggungjawab ini, bagitahu perkara yang sebenarnya.

Sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah yang mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert baru-baru ini.

Bagaimanapun, Awie tidak memperincikan isu sebenar yang menjadi punca ketidakpuasan hatinya terhadap Amy Search.

Semalam, Shila Amzah dikatakan berada trauma dan ketakutan selepas mendakwa dia herdik seorang penyanyi lelaki legenda pada Khamis lalu.

“Aku dah lama cari kau. Tahulah apa nasib kau nanti,” itu jeritan secara tiba-tiba di depan

Insiden itu dikatakan berlaku di Stadium Merdeka di sini sekitar pukul 11.00 pagi selepas Shila selesai latihan persembahan di atas pentas dan bertembung dengan artis lelaki berkenaan.

Antara antara artis lelaki legenda yang terlibat dalam konsert itu adalah Amy Search dan  Awie namun difahamkan vokalis Wings tidak berada di lokasi itu semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast