Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap meraikan peminat biarpun keletihan pada Program Picnic & Potluck Bersama Tun Dr Mahathir di Tasik Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 13 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira 5 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan akaun Facebook penyokong beliau, Kelab Che Det, malam ini.

“Berkat doa semua… Alhamdullillah Tun M sudah diizin keluar dari IJN sekitar jam 5 petang tadi.. Sebelum ini Tun dimasukkan ke IJN pada jam. 10 pagi tadi untuk berehat akibat kepenatan.

“Insya Allah kita sama2 berdoa semoga Tun M terus diberikan kesihatan yang terbaik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/07/13/tun-mahathir-keletihan-kini-berehat-di-ijn/

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.

Beliau yang kelihatan letih dilihat meninggalkan program Picnic & Potluck yang diadakan di Putrajaya lebih awal daripada dijadualkan.

Negarawan itu tiba tiba dengan memandu kereta sendiri, berkesempatan mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast