Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia & Ketua Penyatuan Gabungan NGO mahu polis menyiasat aduan melibatkan Ketua Menteri Melaka.

Datuk Mohd Ali Baharom atau dikenali Ali Tinju mahu pihak berkuasa memberi keadilan terhadap laporan yang dibuat bekas Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Beri keadilan kepada Mohamad Ali dan saya mahu Ketua Polis Negara yang baharu campur tangan memastikan siasatan secara adil dibuat,” katanya pada sidang media di Melaka malam tadi.

Ali Tinju juga mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membuat himpunan mendesak siasatan dilakukan segera.

Menurutnya, polis mesti akur kepada nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan setiap aduan disiasat secara telus tanpa sebarang pilih kasih.

Menurutnya, ia bukan kerana politik tetapi lebih kepada usaha menegakkan keadilan.

Mohamad Ali Mohamad malam tadi juga mempertimbangkan untuk memfailkan saman sivil sebanyak RM100 juta terhadap Ketua Menteri Melaka.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan Bersatu berkata, tuntutan itu adalah atas dakwaan pakatan jahat Ab Rauf untuk menjatuhkan reputasi beliau melalui rakaman audio disyaki suaranya sejak tiga bulan lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohamad Ali pertimbang saman Ab Rauf RM100 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast