KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan reman seorang penjawat awam disyaki menyalahguna kuasa melibatkan beberapa permohonan tanah kerajaan di negeri itu.

Perintah reman lima hari bermula Isnin sehingga 18 Julai 2025 terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2019 hingga 2023 apabila terlibat dalam kegiatan seleweng tanah dengan menukar pelan tanah selain mengendalikan beberapa proses berkaitan tanah di negeri ini untuk kepentingan anak-anaknya.

“Susulan penahanan tersebut, SPRM Terengganu telah menyita dua bidang tanah yang terletak di sebuah daerah di Terengganu masing-masing berkeluasan kira-kira 9,000 dan 6,000 kaki persegi bagi tujuan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) ASPRM 2009.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast