Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUANTAN – Seorang pengurus housekeeping sebuah hotel kerugian RM211,000 apabila menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 49 tahun itu pada mulanya melihat satu iklan pelaburan dikenali sebagai Gexert Max di laman sosial Facebook.

Mangsa kemudiannya berhubung dengan seorang individu wanita melalui aplikasi WhatsApp.

”Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima laporan dari Daerah Kuantan berkenaan mangsa mengalami kerugian setelah terpedaya dengan penipuan atas talian sejak ada 16 Mac 2025.

”Suspek telah memperdaya mangsa dengan janji pulangan pelaburan yang tinggi dan mangsa telah diberikan pautan aplikasi pelaburan Gexert Max bagi tujuan pelaburan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya telah membuat enam transaksi ke dua akaun bank berbeza antara 4 hingga 11 Jun 2025 melibatkan jumlah keseluruhan RM211,000 menggunakan simpanan sendiri.

Selepas transaksi dibuat, mangsa diminta untuk membuat bayaran tambahan namun tidak berbuat demikian selepas menyedari tiada sebarang pulangan diterima. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast