Penduduk Felda Bukit Sagu di Kuantan bersama-sama pengamal media mendpat penerangan dari pada Pengurus Felda Bukit Sagu tentang kewujudan tapak tangan dan kaki yang dipercayai milik 'Tok Sagu'.

KUANTAN – Penemuan tangan dan tapak kaki dipercayai milik seorang tokoh terkenal pada masa dahulu memang menjadi bualan penduduk di tanah rancangan Felda Bukit Sagu di sini sejak dahulu lagi.

Pengurus Felda Bukit Sagu 2 dan 3, Wan Mohd Hairee Wan Ab Razak berkata, ia  ekoran penemuan kali tapak kaki ’gergasi’  pada tahun 1982 dahulu sejak kawasan berkenaan dibuka.

Wan Mohd Hairee Wan Ab Razak

Manakala penemuan satu lagi tapak tangan ’gergasi’ sejak dua tahun lepas menguatkan lagi hasratnya untuk mengeksplorasi serta merungkai artifak  mengandungi unsur mistik dengan peninggalan sejarah itu.

Tinjauan media di lokasi mendapati saiz tapak kaki itu sememangnya luar biasa kerana ia menyamai lebih lapan kali ganda saiz manusia biasa.

”Saya mula bertugas pada Ogos 2022, sejak dimaklumkan tentang kewujudan tapak tangan dan kaki itu, saya tubuhkan jawatan kuasa bagi mempromosikan pelancongan dalam Felda sendiri.

”Saya difahamkan oleh masyarakat setempat kawasan dahulu ini menduduki pada peringkat awal yang diceritakan oleh masayakat Orang Asli Jakun kepada penuduk setempat dan dipercayai mengandungi unsur mistik.

”Saya mengalu-alukan pihak yang merkaitan untuk menjalankan kajian sebab kita pun hendak tahu sejarah sebenar tentang kewujudan tapak kaki dan tangan itu,dari situ kita tahu tentang kewujudan kawasan ini juga,” katanya.

Rosli Rashid

Manakala bagi penduduk, Rosdi Rashid, 56, beliau sendiri menemukan kesan tapak tangan pada dua tahun lepas ketika membersihkan kawasan berkenaan.

“Kesan pertama yang saya jumpa pada tahun 1982 adalah tapak kaki dan kali kedua, saya jumpa kesan lekukan di kawasan tidak jauh dari lokasi awal penemuan, dua tahun lalu.

“Ketika bersihkan kebun saya perasan ada kesan tapak tangan lalu menceritakan kepada pengurus saya” katanya.

Menurutnya, hasil peceritaan oleh orang kampung berdasarkan penerangan oleh Orang Asli, kawasan Felda Bukit Sagu merupakan hutan tebal dan paya yang dipenuhi pokok sagu dihuni seorang tokoh hebat dikenali sebagai Tok Sagu.

Tok Sagu merupakan seorang tua berilmu, bijak dan sangat disegani dan digelar ‘Penjaga Alam’ kerana dikatakan menjaga keseimbangan antara manusia dan alam.

Difahamkan Tok Sagu tahu selok-belok hutan, aliran sungai dan rahsia tanah dan apabila berlaku banjir atau kemarau, penduduk dari jauh datang meminta petua dan pertolongan daripadanya.

Suatu hari, dikatakan Tok Sagu berjalan mengelilingi kawasan itu untuk mencari sumber air bawah tanah. Dengan tongkat dan doa, beliau menjejak bumi.

Salah satu tapak kakinya tertinggal jelas di atas seketul batu besar tanda terakhir sebelum beliau menghilang tanpa jejak.

Susulan itu tapak kaki itu kekal hingga kini dikenali sebagai Jejak Tok Sagu, simbol warisan lama dan bukti kononnya kawasan itu pernah dijaga oleh seorang berilmu tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast