KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penutupan semula sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) bermula persimpangan Jalan Bunus 6 sehingga persimpangan Jalan Melayu pada setiap hari Ahad bermula 20 Julai 2025 dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Menurutnya, DBKL juga akan mengaktifkan laluan dua hala di Lorong TAR dari simpang Dang Wangi ke simpang Lorong TAR 7 pada setiap hari Ahad dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam selepas selesai acara Kuala Lumpur Car Free Morning.
Kata DBKL, penutupan jalan ini adalah bagi memberi laluan bagi Program Santai Seni @ TAR dan sebahagian daripada inisiatif bandar raya rendah karbon.
Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati, memperlahankan kenderaan dan mematuhi arahan petugas yang bertugas dan segala kesulitan amat dikesali. – MalaysiaGazette
















