PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad menggunakan kuasanya terhadap golongan yang mengumpul kekayaan secara haram bagi memastikan wang tersebut dikembalikan kepada rakyat.
Menurut Anwar, walaupun terdapat pihak yang semakin lantang cuba menjatuhkan beliau, tindakan yang diambil tetap berlandaskan kepentingan rakyat dan tanggungjawab terhadap negara.
“Orang kata saya guna kuasa, ya memang betul saya nak guna peluang ini (kuasa sebagai Perdana Menteri) wang yang diambil secara haram mesti dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini, hari ini.
Tambah Anwar, dalam keadaan negara yang menanggung hutang besar, semua pihak yang mengumpul kekayaan secara salah perlu memulangkannya kepada negara.
Jelasny, Malaysia bukan satu-satunya negara yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, namun situasi itu boleh dikawal jika kestabilan politik negara terus dipelihara.
“Bukan Malaysia saja, satu dunia ada masalah sekarang (ekonomi tidak stabil).
“Cakap saya zalim menindas rakyat (mengenai cukai) sedangkan apa dilakukan atas sebab dasar. Tengok saya kenakan (kenaikan) elektrik 15 peratus tertinggi, industri ini syarikat-syarikat besar ada keuntungan besar, jadi bayarlah lebih sikit, yang kamu susah hati untuk pihak orang kaya sebab apa.
“Kita kena faham, bagaimana (nak cari dana untuk pendidikan, penyediaan pekerjaan lebih baik) kalau tidak dari cukai, itu pun cukai untuk orang kaya, mengapa perlu bising. Hutang negara besar, kalau tak bayar nanti bankrap,” jelas beliau. – MalaysiaGazette

















Alhamdulillah…semuga hasrat yg dinyatakan PMX akan segera terkabul dan dimakbulkan Allah SWT.
spin selagi boleh nuar….janji bsok Kita menang minyak turun…..ptptn akan dihapuskan…bla..bla…bla….butuh pak hang
yg bising itu penyokong pentaksub pembangkang, kerajaan baut apa pun mereka pura2 x paham. pembangkang disokong oleh org2 yg bodoh jadi kita jgn ikut biar kan mereka dgn keboddohan mereka. kalau kerajaan takut dgn mereka nanti akn klaim yg kaya bertwmbah kaya yg miskin bertambah miskin plk.jdi rlok lah kerajaan cukai kpd org2 yg dh berjaya menjana keuntungan dan bernasib baik utk membantu golongan rkyat yg miskin kadi konsepnya kerajaan org2 yg kaya bantu org yg miskin.