Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilaporkan lemas di kolam renang rumah inap sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, Melaka, pagi tadi.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilaporkan lemas di kolam renang rumah inap sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zahery Mohd Zailani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi sebelum tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki Melayu berumur 7 tahun telah lemas dan dikeluarkan dari kolam renang oleh orang awam sebelum pasukan bomba sampai.

“Pasukan bomba cuba memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa yang tidak sedarkan diri namun gagal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian di bawa ke Hospital Melaka oleh ambulans untuk tindakan seterusnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast