Penutupan laluan smart lane Kulai ke Sedenak di KM26.7 hingga KM33.7 bermula 21 Julai 2025.

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup laluan smart lane dari Kulai ke Sedenak di KM26.7 hingga KM33.7 (arah utara) bermula 21 Julai 2025.

Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahan lorong di kawasan tersebut.

Sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan, dua lorong sedia ada di lokasi terlibat dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya.

Sementara itu, laluan Smart Lane dari Senai ke Kulai di KM19.0 hingga KM26.7 (arah utara) akan beroperasi seperti biasa.

Pengguna lebuh raya digalakkan untuk merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.

PLUS juga mengingatkan pengguna supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan tersebut.

Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya – PUTRI, X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.

PLUS menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja ini demi keselamatan, keselesaan dan kemudahan semua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast