Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang juga Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa.

KUALA LUMPUR – Seramai 2.8 juta rakyat Malaysia berdaftar dengan MyDigital ID bagi tempoh suku kedua tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Jumlah itu meningkat daripada jumlah 1.8 juta pendaftaran yang dicatatkan pada suku pertama yang lepas, katanya.

Beliau optimis jumlah tersebut dijangka terus meningkat dengan pengembangan

“Semakin banyak ‘kes penggunaan’ MyDigital ID diperkenalkan dalam sistem dan perkhidmatan Kerajaan atau swasta semakin tinggi keperluan pengguna untuk mendaftar MyDigital ID.

“Ini kerana setiap kes penggunaan baharu mewujudkan keperluan pengesahan identiti digital sekaligus mendorong peningkatan pendaftaran dalam kalangan rakyat,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, jumlah integrasi MyDigital ID meningkat secara signifikan kepada 35 sistem aplikasi Kerajaan, 17 lagi sedang dalam pelaksanaan manakala 21 dalam perbincangan awal.

Tambahnya, MyDigital ID akan turut melibatkan aplikasi digital daripada sektor kewangan dan perbankan dengan enam buah bank telah selesai menjalani fasa pengujian sandbox di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Hal ini membuktikan usaha dan keyakinan institusi kewangan dan perbankan dalam mempertingkat kemajuan bidang teknologi kewangan (fintech) menerusi penggunaan identiti digital yang sahih dan selamat,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, MyDigital dilengkapi dengan teknologi biometrik, e-KYC dan kriptografi selain tidak menyimpan data peribadi pengguna yang mengurangkan risiko kebocoran.

Antara usaha yang bakal dilaksanakan ialah melalui pelaksanaan verifikasi identiti pemilik kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID yang dijangka akan mula berkuat kuasa pada akhir suku ketiga tahun 2025 dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat pengendali telekomunikasi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast