Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

KUANTAN – “Pahang ini milik rakyatnya bukan milik mereka yang hanya pandai membakar sentimen.”

Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin susulan kenyataan seorang pemimpin Pas bahawa kuasa kerajaan negeri hari ini perlu dikembalikan kepada Melayu Islam.

Hakikatnya, beliau berkata, kerajaan negeri sememangnya dipimpin oleh Melayu Islam iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar bersama lapan daripada 10 barisan Exco anak jati Pahang juga beragama Islam.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah lama mempertahankan institusi Raja, agama Islam dan bangsa Melayu. Bukan melalui laungan semata tetapi melalui dasar, perkhidmatan dan tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Shahaniza  berdiri teguh bersama kerajaan negeri hari ini di bawah payung Sultan Pahang demi kestabilan, kemajuan dan maruah negeri ini.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Andansura Rabu antara dilaporkan menyeru agar perubahan mandat memimpin kerajaan negeri diberikan kepada Pas pada pilihan raya umum kelak.

Beliau antara lain menekankan UMNO dan BN melakukan kesilapan kerana bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini yang sekaligus dikatakan memberi ruang kepada DAP untuk meluaskan kuasa dan idealoginya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast