Zach Clough. Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Nottingham Forest, Zach Clough diumumkan sebagai pemain baru Selangor C bagi mengadapi kempen Liga Malaysia bagi musim 2025/26 yang bermula bulan depan.

Pemain berusia 30 tahun itu merupakan pemain import kelima selepas Willian Lira, Chrigor Moraes, Picha Autra dan Omid Musawi.

“Clough berusia 30 tahun memulakan karier profesionalnya bersama Bolton Wanderers F.C. sebagai salah seorang prospek muda kelab yang berpotensi tinggi.

“Beliau berjaya menembus masuk ke pasukan senior Bolton Wanderers F.C. pada tahun 2015 dan mencatat 23 gol dalam 77 penampilan. Bakatnya kemudian membantu beliau ke Nottingham Forest F.C. untuk 31 perlawanan, sebelum bersama Wigan Athletic F.C. dan Carlisle United F.C,” tulis Selangor di media sosial rasminya.

Sementara itu, Zach berkongsikan kehadirannya ke Lembah klang itu bagi menambah pengalamnnya dalam bola sepak selain komited untuk membantu Selangor.

“Saya akan fokus untuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan bekerja keras, bergaul dengan rakan sepasukan, dan memahami apa yang dimahukan oleh barisan jurulatih.

“Saya juga mempunyai pengalaman bermain di bawah beberapa pengurus di kelab yang berbeza sebelum ini. Pengalaman tersebut telah membentuk diri saya, dan saya percaya ini akan membantu saya untuk bersedia menghadapi cabaran baharu di Selangor ini dan memberikan segala-galanya untuk pasukan.

“Sukan bola sepak satu permainan yang bergerak dengan pantas, saya rasa baru sahaja berusia 18 tahun semalam dan sekarang saya sudah berusia 30 tahun.

“Sejujurnya, ini membantu saya untuk menghargai perjalanan hidup dan menikmati setiap saat yang ada dengan baik. Dalam masa yang sama, datang ke Malaysia dan sertai Selangor FC bukan sekadar keputusan untuk bola sepak, tetapi ini akan menambah pengalaman yang bermakna dalam hidup saya.

“Peluang seperti ini tidak selalu datang, dan saya mahu manfaatkannya dengan baik, terutamanya untuk diri saya sendiri, keluarga dan para penyokong,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast