Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 laluan utama di pusat bandar dijangka mengalami pengalihan trafik berikutan himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung esok.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perhimpunan itu akan bermula serentak di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks Sogo sebelum peserta berkumpul di Dataran Merdeka.

“Pengalihan trafik akan diaktifkan mengikut keadaan semasa bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebanyak 16 laluan utama dijangka terlibat:

  1. Jalan Maharajalela / Susur ke Jalan Syed Putra
  2. Jalan Kinabalu / Pusingan U berhampiran Public Bank
  3. Bulatan Sultan Mohamad
  4. Jalan Kinabalu / Susur ke Terowong Bukit Aman
  5. Jalan Kinabalu / Susur ke Bulatan Dato’ Onn
  6. Bulatan Dato’ Onn Atas – kedua-dua arah
  7. Bulatan Dato’ Onn – dari Jalan Parlimen
  8. Jalan Sultan Salahuddin / Bulatan Dato’ Onn
  9. Jalan Kuching / Susur ke Jalan Sultan Ismail
  10. Jalan Kinabalu (dari Bulatan Segambut ke Bulatan Dato’ Onn)
  11. Jalan Kinabalu (dari Masjid Negara ke Bulatan Dato’ Onn)
  12. Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi
  13. Jalan Hishamuddin / Jalan Raja
  14. Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut
  15. Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Tun Perak
  16. Jalan Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan di pusat bandar.

“Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi arahan pegawai polis trafik yang ditempatkan di semua lokasi terlibat,” katanya lagi.

Mohamed Usuf turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama dan kepekaan semua pihak dalam usaha mengekalkan ketenteraman serta keselamatan awam.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999, Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di 03-2071 9999, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik KL di 03-2026 0267/0269 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast