Pegawai penguat kuasa diiringi kakitangan SPRM untuk direman di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan reman seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM8,000 semasa bertugas di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perintah reman selama lima hari sehingga 29 Julai 2025 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di tempat suspek bertugas.

Pegawai penguat kuasa KLIA disyaki terlibat ‘setting counter’ ditahan

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima wang rasuah tersebut ketika sedang bertugas dan perbuatannya dikesan melalui pemantauan kamera litar tertutup (CCTV).

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menjumpai wang berjumlah kira-kira RM8,000 di dalam poket seluar suspek dan disyaki wang rasuah tersebut adalah hasil daripada kegiatan counter setting,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Khairul Izwan Karim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast