KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar bantuan kewangan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat baru-baru ini.
“Bantuan kewangan yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini tidak kena pada tempatnya. Sepatutnya bantuan itu diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan khususnya mereka dalam kategori berpendapatan rendah bukan kepada semua orang.
“Saya sendiri, orang berada pun dapat RM100. Tapi semasa kita memerintah dahulu masih ingat atau tidak? Kita pastikan golongan B40 dapat lebih banyak bantuan, betul?
“Kalau dia (Anwar) pandai mengira, tak perlulah bagi kepada M40 dan T20. Bagi sahaja RM300 kepada orang miskin yang benar-benar susah.
“Ini sangat malang dan mengecewakan. Tiada apa-apa perubahan yang dibawa,” kata Presiden Bersatu itu semasa berucap dalam Himpunan Turun Anwar di sini hari ini.
Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin utama pembangkang turut hadir, antaranya Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang masing-masing turut mengambil peluang berinteraksi dengan peserta di lapangan.- MalaysiaGazette

















Ingat bagusnya kerajaaan tebuk atap. bendera putih dikibarkan kerana tak ade makanan. rakyat miskin minta sedekzh kerana tak ada duit. kerajaan tak hulur bantuan
bacalah kenyataan PMO dan keterangan yang duberikan agar tidak keliru.
perlu diingatkan m40 and t20 juga rakyat malaysia yang membayar cukai yang banyak kepada negara.