TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berikrar tidak akan tunduk terhadap desakan untuk meletakkan jawatan.
Dalam temubual dengan sebuah stesen televisten, Ishiba menegaskan, beliau mahu menghambakan diri kepada rakyat dan masa depan negara.
Katanya, fokus beliau ketika ini adalah melaksanakan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat -Jepun yang diumumkan baru-baru ini.
Menurut beliau, perjanjian tersebut amat penting dan “kerja sebenar” bermula sekarang.
Untuk rekod, pada pemilihan Dewan 20 Julai lalu, parti pemerintah Liberal Democratic Party (LDP) hilang majoriti buat pertama kali sejak 1955, sekali gus mencetuskan kritikan hebat terutamanya dari dalam parti itu sendiri.
Ishiba dijangka memberi ucapan kepada pembuat dasar LDP dalam satu mesyuarat penting esok (28 Julai) susulan desakan dalaman untuk merubah kepimpinan beliau terus meningkat. -AGENSI















