Pesawat Nordwind Airlines

MOCOW – Rusia memulakan penerbangan komersial terus ke Korea Utara, sebagai tanda hubungan yang lebih erat dengan sekutu Asianya yang membantu serangannya di Ukraine.

Penerbangan Moscow-Pyongyang pertama, dikendalikan oleh Nordwind Airlines, dijadualkan berlepas pada 1600 GMT dan mendarat di ibu negara Korea Utara kira-kira lapan jam kemudian, menurut laman web syarikat penerbangan itu.

Syarikat Penerbangan Nordwind pernah menawarkan destinasi percutian di Eropah sebelum Kesatuan Eropah mengenakan larangan penerbangan Rusia.

Ia menawarkan tiket berharga 45,000 rubel (AS$570).

Agensi berita negara Rusia TASS melaporkan penerbangan pertama ke arah lain, dari Pyongyang ke Moscow, akan berlangsung pada hari Selasa.

Kementerian pengangkutan Rusia berkata, laluan itu akan beroperasi sebulan sekali.

Rusia dan Korea Utara memulihkan rangkaian kereta api pada 17 Jun selepas menggantungnya pada 2020 semasa pandemik Covid.

Kedua-dua negara telah menjalin ikatan ketenteraan yang lebih erat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Pyongyang membekalkan tentera dan senjata untuk digunakan Rusia dalam operasi ketenteraannya di Ukraine.

Mereka menandatangani pakatan pertahanan bersama tahun lalu, ketika Presiden Rusia Vladimir Putin melawat Korea Utara.

Korea Utara mengesahkan buat pertama kali pada April bahawa ia telah mengerahkan kontinjen tenteranya ke barisan hadapan di Ukraine, bersama tentera Rusia. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast