Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen. foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Persidangan ASEAN Safety and Health Workers Summit 2025 (ASEAN OSH Summit 2025) yang berlangsung 4 dan 5 Ogos ini akan memberi fokus terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Dalam masa yang sama, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Chong Chieng Jen berkata, persidangan itu juga akan mengetengahkan topik kesejahteraan pekerja.

Sehubungan itu, katanya, pengamal KPP perlu mengambil peluang untuk menyertainya.

“Ia bukan sekadar persidangan tetapi kini perhimpunan terbesar KKP di Malaysia dengan sijil penyertaan kali ini akan turut memaparkan logo ASEAN.

“KKP yang menyertai akan mengikuti program disediakan termasuk Persidangan KKP 2025 COSH 2025 dan NIOSH International Standards Seminar (NISS 2025),” katanya menerusi kenyataan.

Sebagai info, persidangan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu akan menghimpunkan kira-kira 3,000 pengamal KPP termasuk lebih 70 pakar dari negara-negara ASEAN serta penceramah antarabangsa dari Denmark, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Turkiye.

Tambah Chieng Jen, penganjuran ASEAN OSH Summit 2025 juga akan menjadi permulaan kepada kerjasama, inovasi dan pembentukan dasar serantau yang berpaksikan kesejahteraan pekerja antara negara yang terliat.

Selain COSH 2025 dan NISS 2025, turut berlangsung di sepanjang ASEAN OSH Summit 2025 ialah Mesyuarat Eksekutif Asian Occupational Safety & Health Research Institute AOSHRI Executive Meeting yang menghimpunkan institusi penyelidikan KKP dari 14 negara Asia, ASEAN++ Workshop and Technical Visit melibatkan pakar-pakar ASEAN dan negara rakan, MaRINA 3.0 Workshop bagi menetapkan keutamaan penyelidikan KKP untuk tempoh 2026 hingga 2030,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast