Logo Polis Diraja Malaysia

KOTA KINABALU – Polis meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.

“PDRM Kontinjen Sabah akan menjalankan siasatan menyeluruh secara telus,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi 17 Julai lepas di Papar, Sabah.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast