Bank Islam

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berjaya menerbitkan RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah di bawah Program Sukuk Kanan Murabahah RM10.0 bilion dalam nilai nominal (Program Sukuk Murabahah) pada 25 Julai 2025.

Penerbitan Sukuk Kanan Murabahah telah menerima sambutan memberangsangkan daripada pelabur dengan nisbah bidaan tinggi kepada terbitan sebanyak tiga kali ganda.

Sukuk Kanan Murabahah menerima penarafan AA3/stabil oleh RAM Ratings Services Bhd dan telah berjaya menetapkan kadar keuntungan kompetitif 3.85% setahun untuk tempoh tujuh tahun.

Keuntungan daripada penerbitan ini akan membiayai aktiviti perbankan Bank Islam, keperluan modal kerja dan tujuan korporat lain.

Penggunaan hasil di bawah Program Sukuk Murabahah juga patuh Syariah.

Bank Islam merupakan Penasihat Utama, Pengatur Utama, Pengurus Utama dan Penasihat Syariah bagi Program Sukuk Murabahah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast