Pemain kebangsaan, Nor Azam Azih bercakap kepada media ketika sesi latihan bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Padang Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LUMPUR – Kelantan The Real Warriors (TRW) FC memperkasakan pasukan itu apabila mendapatkan sentuhan bekas pemain tengah Sri Pahang, Nor Azam Azih bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/26.

Perkembangan itu diumumkan Presiden Kelantan TRW FC, Tan Sri Annuar Musa sambil menjelaskan Nor Azam antara dua tonggak penting yang dibawa masuk ke skuad itu.

Beliau berkata, seorang lagi tonggak penting di bahagian tengah yang diikat Kelantan TRW adalah bekas pemain import Terengganu FC dan Kedah Darul Aman, Habib Haroon.

“Sebagai usaha memperkasa bahagian tengah pasukan Liga Super Kelantan, kita bersetuju membawa masuk dua tonggak penting. Nor Azam Azih dan Habib Haroon kini sebahagian daripada skuad 28 pemain TRW.

Habib Haroon.

“Dua lagi pemain tempatan dan seorang pemain ASEAN akan memperkukuh barisan pertahanan.

“Kini skuad Kelantan TRW lengkap dan bersedia memulakan saingan liga dan Piala FA mulai Ogos ini,” tulis Annuar menerusi laman Facebook miliknya di sini hari ini,

“Semoga setiap keluarga rakyat Kelantan dan penyokong TRW semuanya memiliki sekurang-kurangnya sehelai jersi TRW 2025/26. Tunggu Jumaat ini, pasukan penuh Liga Super Kelantan TRW muncul memperagakan jersi musim 2025/26 serta memperkenalkan jersi edisi khas,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast