Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dikenal pasti di tiga kawasan di Semenanjung serta sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, MetMalaysia memaklumkan ia membabitkan Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang.

Di Sarawak pula melibatkan Marudi, Mukah, Sibu, Kanowit, Sarikei, Sri Aman, Lundu, Bau dan Kuching.

Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast