Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menerima peruntukan RM125 juta bagi menyambung semula pembinaan projek terbengkalai Residensi Hektar Gombak, yang melibatkan 2,400 unit kediaman.
Projek yang bermula sejak 2018 itu sepatutnya siap pada Mei 2022, namun gagal disiapkan mengikut jadual daripada kontraktor terdahulu.















