Mangsa disahkan maut di lokasi nahas dan ditemui di bawah timbunan dahan dengan kecederaan parah di bahagian belakang kepala

 

BERA – Seorang warga emas maut selepas dihempap dahan pokok semasa menunggang motosikal di Kilometer 34, Jalan Kuala Bera–Chenor, berhampiran Kampung Batu Papan, di sini, pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa, Kamar Seman, 65, disahkan maut di lokasi nahas akibat kecederaan parah di belakang kepala.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang semalam, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Papan.

”Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebatang dahan pokok di tepi jalan tiba-tiba patah dan menghempap mangsa.

“Pengesahan kematian telah dibuat oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Bera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera dan proses bedah siasat akan dilakukan pada hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast