Home Utama Polis buru enam penyamun berparang di pusat snuker

Polis buru enam penyamun berparang di pusat snuker

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan enam lelaki dipercayai terlibat daam kes samun bersenjatakan parang di sebuah pusat snuker di Kapar, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar jam 7 malam di premis terbabit.

“Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tiga daripada suspek memasuki premis itu manakala tiga lagi menunggu di luar bersama tiga buah motosikal.

“Siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek yang bersejnatan parang itu berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM823,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu Vijaya berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat memaparkan tiga suspek memakai topi keledar dan berparang memasuki pusat snuker itu serta bertindak menggugut penjaga kaunter untuk menyerahkan wang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast