Presiden Donald Trump. foto AFP

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan dua kapal selam nuklear menghampiri perairan Rusia, selepas ulasan yang dilakukan bekas Presiden Rusia, Dmitry Medvedev.

Pengumuman yang dilakukan Trump menerusi platform Truth Social mengutuk kenyataan provokatif dan dakwaan Medvedev  bahawa ‘perkataan amat-amat penting, dan selalunya menjurus kepada akibat yang tidak diingini.

“Saya telah mengarahkan dua kapal selam nuklear untuk berada pada kedudukan yang sesuai di rantau itu, jika kenyataan bodoh dan membakar ini lebih daripada itu,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Trump terlibat dalam pertikaian di laman media sosial dengan Medvedev yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia.

Presiden AS itu tidak mengulas lanjut, pengumumannya dikaitkan dengan hantaran yang dilakuikan ahli politik Rusia itu pada Khamis lalu.

Medvedev mengulas mengenai hantaran yang dilakukan Trump dalam Truth Social beberapa jam sebelum itu yang mana Presiden AS itu melabelkan beliau sebagai bekas pemimpin yang gagal dan memberi amaran kepadanya untuk berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

Bekas ketua negara Rusia itu mengejek kegentaran maklum balas ditunjukkan Trump yang mencadangkan  AS hanya melakukan provokasi bahawa ‘Apa yang dilakukan Rusia semuanya betul dan akan meneruskan laluannya sendiri’.

“Mengenai ‘ekonomi berkubur’ dan ‘memasuki wilayah berbahaya’ India dan Rusia – biarkan dia ingat drama kegemarannya ‘The walking dead’ dan bagaimana berbahaya ‘Dead hand’,” kata Medvedev.

Kenyataan itu merujuk kepada sistem ‘Perimetr’ pada era Soviet dan ia dijangka masih wujud di Rusia.

Sistem autonomi itu dipercayai sebagai bencana pertukaran orang telah mati yang mampu menembak kubu nuklear yang masih ada dalam senario negara itu diserang bagi menghapuskan pemimpin dan memutuskan rantaian pemerintahan dalam membalas dendam. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast