Tuesday, September 8, 2026
Home Nasional Aerotrain KLIA alami isu teknikal, MAHB minta maaf

Aerotrain KLIA alami isu teknikal, MAHB minta maaf

Penumpang tidak dapat menggunakan perkhidmatan aerotrain pagi tadi. Foto X

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan kali kedua selepas memulakan operasinya semula pada 1 Julai lalu.

Malaysia Airports menerusi hantaran di akaun X @KLIA_my memaklumkan, aerotrain yang baharu sahaja menjalani projek renovasi bernilai RM456 juta itu mengalami masalah teknikal melibatkan pintunya yang tidak berfungsi.

Katanya, kejadian berlaku jam 10.30 pagi tadi.

“Kami memohon maaf kepada para penumpang yang terjejas akibat masalah teknikal yang menimpa aerotrain pagi tadi.

“Pada jam 10.30 pagi, sebuah pintu tren mengalami masalah sehingga menyebabkan operasi terpaksa diberhentikan selama 15 minit.

“Bas-bas perantara telah digerakkan bagi memastikan kesalinghubungan tidak tertanggu.

“Perkhidmatan aerotrain disambung semula jam 11.01 pagi dan operasi kini kembali seperti biasa. Terima kasih di atas kesabaran anda. #MYairportsupdates,” kata hantaran tersebut.

Terdahulu, pengguna X @afiqmukhtar memuat naik gambar menunjukkan para penumpang yang terjejas sedang berjalan ke arah luar selepas aerotrain gagal untuk membawa mereka di antara Terminal 1 KLIA ke Bangunan Satelit.

Pengguna-pengguna media sosial lain juga memuat naik hantaran mengenai perkara tersebut selain turut meletakkan tag ke atas akaun X Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan dan MAHB. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Selepas lebih dua tahun, aerotrain KLIA beroperasi semula esok

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast