Seorang bekas pengurus sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri direman dua hari selepas disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan pembelian insurans kebakaran, empat tahun lalu.

MELAKA – Seorang bekas pengurus sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan pembelian insurans kebakaran empat tahun lalu.

Perintah reman sehingga 8 Ogos ini dikeluarkan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin terhadap suspek lelaki berusia 44 tahun itu.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira  9 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pukul 2.15 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka di Alai.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah mengesyorkan pelantikan isterinya bagi pembelian insurans kebakaran untuk anak syarikat tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kes dan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast