Gambar hiasan Arkib MG

ALOR GAJAH – Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan kerajaan negeri sedang memperhalusi cabaran dan implikasi berhubung isu pekerja warga asing yang mendiami lebih 70 peratus unit rumah di Pangsapuri Taman Mewah, Kelamak di sini.

JTK Melaka dalam satu kenyataannya hari ini berkata, ia melibatkan cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang daripada semua pihak berkepentingan dalam memastikan keseimbangan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di kawasan terbabit.

Menurutnya, ia bertepatan dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang tidak membenarkan penginapan pekerja di dalam kawasan perumahan sedia ada, seterusnya merealisasikan penginapan pekerja di penginapan berpusat (Centralise Labour Quarters), bermula tahun depan.

Seramai 45 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta berkepentingan menghadiri Program Pendidikan Perburuhan Siri 6 2025 dengan tema ‘Penginapan Pekerja Yang Bermaruah: Tanggungjawab Bersama’ di Melaka, hari ini.

“Ini termasuklah di Pangsapuri Taman Mewah, Kelemak yang mana di sini sebanyak 74 peratus atau 282 daripada 380 unit rumah didiami 1,275 pekerja asing terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Indonesia.

“Daripada 380 unit kediaman, 158 dimiliki 35 majikan industri sekitar manakala 124 daripada 222 unit pemilikan unit individu pula disewakan kepada majikan atau kilang-kilang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini.

Terdahulu, seramai 45 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta berkepentingan menghadiri Program Pendidikan Perburuhan Siri 6 2025 dengan tema ‘Penginapan Pekerja Yang Bermaruah: Tanggungjawab Bersama’.

Program bermula jam 3 petang itu dirasmikan Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast