TOKYO – Sejuta lebih kematian daripada kelahiran dicatatkan di Jepun tahun lepas, mewakili penurunan populasi tahunan paling teruk sejak tinjauan kerajaan bermula pada 1968.
Perdana Menteri Shigeru Ishiba menyifatkan krisis demografi penduduk Jepun yang semakin tua sebagai “kecemasan senyap”.
Serentak itu, beliau berikrar memperkenalkan dasar mesra keluarga seperti penjagaan kanak-kanak percuma dan waktu kerja yang lebih fleksibel.
Tetapi usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran yang sentiasa rendah dalam kalangan wanita Jepun setakat ini masih tidak memberi kesan.
Data baharu yang dikeluarkan pada hari Rabu oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi menunjukkan jumlah warga Jepun menurun sebanyak 908,574 pada 2024.
Jepun merekodkan 686,061 kelahiran – jumlah terendah sejak bermula pada 1899 – manakala hampir 1.6 juta orang meninggal dunia, bermakna bagi setiap bayi yang dilahirkan, lebih daripada dua orang mati.
Ia menandakan tahun ke-16 berturut-turut penurunan penduduk dengan tekanan yang dirasai oleh sistem pencen dan penjagaan kesihatan negara.
Bilangan warga asing mencapai rekod tertinggi sebanyak 3.6 juta orang pada 1 Januari 2025, mewakili hampir 3% daripada penduduknya.
Kerajaan secara tentatif menerima tenaga kerja asing dengan melancarkan visa nomad digital dan inisiatif peningkatan kemahiran, tetapi imigresen yang dipengaruhi kuasa politik sebahagian besarnya masih konservatif.
Penduduk keseluruhan negara merosot sebanyak 0.44 peratus daripada 2023 kepada kira-kira 124.3 juta pada awal tahun.
Warga emas berumur 65 tahun ke atas kini hampir 30% daripada populasi – bahagian kedua tertinggi di dunia selepas Monaco, Bank Dunia.
Penduduk umur bekerja, yang ditakrifkan antara 15 dan 64 tahun, telah menurun kepada kira-kira 60%.
Bilangan bandar dan kampung yang semakin meningkat, dengan hampir empat juta rumah terbengkalai sejak dua dekad lalu, menurut data kerajaan tahun lalu.
Kerajaan telah menghabiskan masa bertahun-tahun cuba meningkatkan kadar kelahiran dengan insentif daripada subsidi perumahan kepada cuti ibu bapa berbayar tetapi terhalang oleh budaya dan ekonomi yang berakar umbi.
Kos sara hidup yang tinggi, gaji yang tidak stabil dan budaya kerja yang menghalang ramai anak muda daripada memulakan keluarga.
Kadar kesuburan Jepun – purata bilangan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang hayatnya rendah sejak 1970-an, jadi pakar memberi amaran walaupun peningkatan dramatik sekarang akan mengambil masa beberapa dekad untuk membuahkan hasil. – Agensi
















