KUANTAN – Kerosakan sudah berlaku dan permohonan maaf terhadap kerajaan negeri melalui media sosial tidak memadai.
Itu respon Menteri Besar Pahang terhadap tindakan oleh milik pemilik dan pengasas Tanah Aina di Pahang, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri yang meminta maaf dan mahu kerajaan negeri menarik balik saman bernilai RM1 juta terhadapnya.
Wan Rosdy menegaskan, permohonan maaf itu sebaliknya perlu menggunakan platform yang sama sebagaimana beliau lakukan ketika memburukkan kerajaan negeri sebelum ini.
Terdahulu bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) itu diaktakan telah melemparkan pelbagai kenyataan fitnah itu secara meluas di pelbagai platform sosial media.
”Jadi sebagaimana saluran saluran beliau memfitnahkan kerajaan negeri disitu dia harus memohon maaf, contoh salah satu di media sosial, arus perdana, beliau melontarkan lontaran fitnah kepada kerajaan negeri, di tempat yang sama beliau harus memohon maaf.
”Sekaligus permohonan maaf itu beliau juga mengaku berbuat berbuat sesuatu dan menunjukkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan negeri adalah wajar,” kata Wan Rosdy.
Dalam pada itu, beliau berkata, pendekatan sama perlu diambil oleh Sabrina bagi memperjelaskan kembali kenyataan tidak benar yang dilemparkan sehingga memburukkan nama kerajaan negeri.
Sebelum ini, Shariffa Sabrina dikenakan saman sebanyak RM1 juta atas pertuduhan memfitnah kerajaan negeri pada tahun 2022.
Selain itu, turut berdepan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang didakwa telah dijadikan resort dan tempat perniagaan – iaitu Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong, serta Tanah Aina Fahad Glamping Resort dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, masing-masing terletak di Raub.
Tegasnya, pihaknya sentiasa terbuka jika rundingan diadakan bagi memulihkan isu tersebut kepada dua-dua pihak jika ada cadangan perjumpaan dibuat dan bagi memberi ruang kedilan.
Tambah Menteri Besar, pihak tersebut perlu memenuhi beberapa syarat yang dikemukakan terlebih dahulu sebelum permohonan maaf tersebut diterima kerajaan negeri.
”Saya memang sudah atur, Penasihat Undang-undang bagi wakil kerajaan negeri berunding dengan pihaknya tetapi cara itu kena betul, dia sudah hentam kerajaan negeri, tidak adil kepada kami.
”Kita bersetuju, tapi ada beberapa perkara yang dia (Sabrina) harus bekerjasama dengan kerajaan negeri,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sri Damai di sini hari ini.
Pada majlis yang sama, Wan Rosdy berkata, sehingga kini, sebanyak 145 projek PR1MA Pahang telah dirancang, dengan 8,614 unit rumah telah siap dibina manakala 2,653 unit sedang dalam pembinaan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















