Benjamin Sesko. Foto FB Manchester United.

LONDON – Penyerang muda kelahiran Slovenia, Benjamin Sesko sah menjadi pemain baharu Manchester United selepas menandatangani kontrak selama lima tahun.

Pemain berusia 22 tahun itu tiba di Old Trafford dari RB Leipzig dengan kontrak selama lima tahun.

“Manchester United berbesar hati untuk mengesahkan yang Benjamin Sesko kini menyertai kelab, bergantung kepada pendaftaran,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Sesko erupakan pemain pertama dari negaranya yang menyertai United belum ada pemain Slovenia lain yang pernah bermain untuk kelab itu.

Namun untuk rekod, Sesko bukanlah pemain pertama dari Slovenia yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum ini Robert Koren membuat 57 penampilan bersama West Brom & Hull), Milenko Acimovic (17 penampilan untuk Tottenham), dan Alex Kr xan (12 penampilan untuk Barnsley pada tahun 1997) di liga popula dunia itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast